ATM Di Jepun Memainkan Video Khas Jika Mengesan Pengguna Yang Mungkin Mangsa Scam

TechnologyDigital
27 Feb 2024 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saban tahun ratusan juta ringgit hangus disebabkan oleh pelbagai skim penipuan atas talian. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menyedarkan orang ramai mengenai teknik scam yang kerap digunakan, ia masih berlaku. Di Jepun mereka juga menghadapi masalah yang sama tetapi lebih serius di kalangan warga emas. Oleh itu Polis Jepun dengan bantuan Japan Post Bank memulakan inisiatif menentang penipuan dengan kempen video.

Menerusi kecerdasan buatan dan kamera, ATM Japan Post Bank akan memainkan video memberikan amaran kepada pengguna mereka mungkin mangsa scam lengkap dengan bunyi siren polis yang nyaring. Di Jepun antara teknik yang digunakan ialah menelefon warga tua bahawa terdapat ahli keluarga dalam bahaya dan memerlukan wang segera. Apabila di ATM penipu akan memberikan arahan untuk memindahkan wang.

AI pada ATM akan memainkan video amaran sekiranya mengesan pelanggan menggunakan telefon ketika ia sedang digunakan. Video pendek ini menampilkan selebriti Keita Tachibana yang menyuruh pelanggan meletakkan telefon segera bagi mengelakkan diri terus ditipu.