ATM siasat anggota tentera tular muat naik kandungan aib

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ATM siasat anggota tentera tular muat naik kandungan aib
Tangkap layar hantaran tular memaparkan individu beruniform tentera dengan kapsyen mengaibkan.

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat hantaran tular yang didakwa dimuat naik seorang anggotanya dengan kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencemarkan imej pasukan berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan hantaran yang dimuat naik terbabit.

“Kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum itu, tular di aplikasi sosial Threads hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet kerana disifatkan boleh menjejaskan imej pasukan pertahanan terbabit.

Hantaran tersebut menunjukkan anggota memakai uniform Tentera Darat memuat naik video-video dengan kapsyen mengaibkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved