Atta Halilintar Baru Balik Haji, Ibu Bapa Desak Pengacara Panggil Dengan Gelaran

25 Jun 2024 • 2:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu bapa kepada selebriti Atta Halilintar digelar gila gelaran ‘haji’ selepas memarahi pengacara majlis pertunangan adiknya iaitu Thariq Halilintar kerana tidak menyebut gelaran haji Atta.

Baru-baru ini, Thariq dan pasangannya Aaliyah Massaid telah rasmi bertunang pada Ahad dan majlis tersebut dihadiri seluruh keluarga Halilintar.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @ceo_warganet_official, video tersebut memaparkan momen ketika pengacara majlis tersebut memanggil Atta untuk memberikan ucapan.

Ibu bapa desak pengacara guna gelaran Haji Atta Halilintar

@ceo_warganet_official

MOMENT AYAH ATTA HALILINTAR KOREKSI KARENA MC LUPA MEMANGGIL GELAR HAJI… #fyp #attahalilintar

♬ suara asli – CEO WARGANET OFFICIAL – CEO WARGANET OFFICIAL

“Kita akan dengar ucapan wakil daripada keluarga Halilintar, dengan itu kami jemput Atta Halilintar untuk maksud dan tujuan kehadiran keluarga besar Halilintar,” kata pengacara tersebut.

Bagaimanapun, pengacara tersebut tidak menyebut gelaran ‘haji’ ketika memanggil Atta dan disebabkan itu, bapa selebriti itu iaitu Anofial Asmid memprotes tindakan pengacara tersebut.

“Pak Haji, pak Haji,” ujar Anofial.

image is not available

Pengacara itu kemudian memohon maaf lalu menyebut semula nama Atta berserta gelarannya sambil berseloroh berharap ada air zamzam yang dibawa ke majlis tersebut.

“Iya Bapak Haji Atta Halilintar, semoga hari ini bawa air zamzam juga,” seloroh pengacara tersebut.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, ibu kepada Atta juga memaklumkan Thariq juga sudah bergelaran haji kerana pernah menunaikan ibadah itu ketika berusia dua bulan.

Walaupun Atta cuba menegur kenyataan ibunya dan berkata itu tidak dikira, ibunya berkeras bahawa adiknya itu sudah pun bergelaran haji.

image is not available

Disebabkan kenyataan itu, pengacara majlis tersebut kemudian berseloroh Atta sudah kalah dengan adiknya kerana Thariq telah bergelar haji terlebih dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen negatif terhadap ibu dan bapa Atta kerana seakan-akan gila gelaran ‘haji’.

Si paling haji

image is not available

Saya yang malu

image is not available

Sepenting itu ke gelaran haji

image is not available

Atta je yang normal

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang menyuarakan rasa simpati terhadap Atta kerana dia kelihatan sedikit malu dengan tindakan ibunya.

Atta nampak malu sangat

image is not available

Nak sangat kena panggil haji

image is not available

Padahal orang yang betul2 haji tak nak dipanggil begitu

image is not available

Atta malu

image is not available

Sekadar info, Atta dan isterinya Aurel Hermansyah telah selamat menunaikan ibadah haji baru-baru ini, dan disebabkan itu ibu bapanya menjadikan gelaran haji sebagai sesuatu yang besar.

Sumber: TikTok @ceo_warganet_official