Netizen Meluat Dengan Ibu Bapa Pasangan Selebriti Sebab Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran ‘Haji’ Anak

Entertainment
25 Jun 2024 • 2:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
atta halilintar

Pasangan selebriti Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sebelum ini telahpun selamat menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun, timbul pula isu di mana ibu bapa pasangan terbabit iaitu Anofial Asmid dan Geni Faruk yang mempersoalkan tindakan seorang pengacara yang tidak menyebut gelarah Haji dan Hajah anak mereka.

image is not available

Melihat satu video yang tular di platform TikTok, ibu Atta menegur pengacara majlis pertunangan anak lelakinya bahawa selain Atta, anak yang bertunang itu juga, Thoriq sudah bergelar haji kerana pernah ikut mereka tunaikan haji sebelum ini.

Bahkan, Anofial mengingatkan pengacara majlis pertunangan Thoriq dan pasangan, Aaliyah Massaid untuk memanggil Atta dengan gelaran haji.

@ceo_warganet_official MOMENT AYAH ATTA HALILINTAR KOREKSI KARENA MC LUPA MEMANGGIL GELAR HAJI… #fyp #attahalilintar ♬ suara asli – CEO WARGANET OFFICIAL

Ibu Atta itu juga tidak mahu kalah dengan memaklumkan kepada pengacara majlis bahawa Thoriq juga mempunyai gelaran haji.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meninggalkan reaksi negatif, di mana ramai menganggap pasangan itu ‘gila gelaran’.

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.