Atuk 70 Tahun Hidap Penyakit Jantung & Diabetes Didakwa Amang Seksual Remaja 14 Tahun

LocalPolitics
9 Jun 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang warga emas berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, dua tahun lalu.

Menurut Kosmo, tertuduh dikenali sebagai Jaafar Taib bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung dan kencing manis itu didakwa melakukan perbuatan meraba mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun bagi tujuan seksual.

Kejadian itu dilakukan kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah di Klebang, Melaka pada awal Februari 2023.

image is not available

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan namun mencadangkan RM20,000 dikenakan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara berserta syarat tambahan.

image is not available

image is not available

Peguam tertuduh, Kent Tan bagaimanapun memohon agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit berkenaan serta mempunyai lima orang anak.

Hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Julai depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Pemuda 21 Tahun Didakwa Atas 5 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Adik Rakan Sendiri Baru Berusia 9 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved