”Saya Minta Maaf” – Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual

LocalEntertainment
9 Jun 2025 • 5:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sissy Iman

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann tampil memberikan reaksi selepas namanya dikaitkan dengan selebriti lelaki yang ditahan kerana melakukan gangguan seksual terhadap remaja 17 tahun.

Menurut laporan mStar, Sissy memilih untuk tidak mengulas lanjut, menyifatkan dirinya bukan individu yang sesuai untuk memberi sebarang komen.

Saya sedar mengenai berita yang sedang tersebar sekarang ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memberikan sebarang komen. Saya minta maaf.

Terdiam bila ditanya secara live

image is not available

Ketika mengendalikan rancangan Melodi, rakan pengacaranya Fikry Ibrahim berseloroh menanyakan sama ada benar suspek adalah rakan baiknya seperti yang didakwa netizen.

Sissy ketika itu kelihatan terdiam, tanpa memberi sebarang pengesahan atau penafian situasi yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan penonton.

Kes masih dalam siasatan

image is not available

Untuk rekod, pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe sebelum beberapa kali keluar bersama dan akhirnya dibawa ke hotel.

Pssttt! Dalam isu sensitif seperti ini, lebih baik berdiam jika kita bukan pihak berkaitan. Biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan demi keadilan semua pihak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.