Atuk Curi 88 Pasang Kelopak Mata & Kening Mayat, Selamba Hiris Masa Keluarga Layan Tetamu

Entertainment
16 Jul 2022 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerana mahu dirinya kebal daripada senjata tajam, seorang lelaki warga emas tergamak menghiris sebelum mencuri kelopak mata dan kening mayat untuk dijadikan koleksi tangkal.

image is not available
Gambar hiasan

Berlaku di Indonesia, jenayah kejam lagi jijik itu terbongkar selepas satu keluarga membuat laporan polis susulan mendapati kelopak mata jenazah ibu mereka yang baru sahaja meninggal dunia terbeliak matanya kerana sudah tiada kelopak mata, lapor Tribunnews.

Dikenal pasti sebagai Sayuti, 65, suspek difahamkan sudah melakukan jenayah terbabit sejak dua tahun lalu namun, dia akhirnya diberkas polis pada Selasa lalu dan telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.

“Dia (Sayuti) beri alasan nak solat jenazah berhampiran jenazah ibu. Masa sedang melayan tetamu lain, saya perasan dia macam pegang-pegang muka ibu sebelum saya tegur. Dia panik sambil cepat-cepat masukkan sesuatu dalam poket seluar dan terus meminta diri,” kata waris si mati.

Ada koleksi cecah hampir 90 pasang!

image is not available

Serbuan pihak berkuasa tempatan ke kediaman Sayuti di Kampung Benawa Tengah, Kalimantan Selatan berjaya menemukan 44 pasang kening dan 44 pasang kelopak mata mayat yang lain. Gila weh! 44 jenazah dah jadi mangsa!

Dalam sesi soal siasat, Sayuti mengaku melakukan jenayah terbabit kerana mahu menjadi kebal selain percaya ‘koleksi’ terbabit mampu mengubati penyakit misteri.

Sumber turut melaporkan, Sayuti mengaku mencuri kening dan kelopak mata mayat dengan menggunakan sebilah pisau cukur. Kebiasaannya, Sayuti akan melakukan jenayah terkutuk berkenaan ketika keluarga si mati sedang sibuk melayan tetamu lain.

Tambah Sayuti lagi, kesemua kening dan kelopak mata itu akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan aluminium foil dan diletakkan dalam sebuah bakul.

Dalam pada itu, setakat ini, empat pasang daripada ‘koleksi’ Sayuti itu telah dikembalikan kepada warisnya.

Sumber: Tribunnews

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article