Atuk Nekad Culik & Ugut Bunuh Cucu Sendiri Gara-Gara Hutang Judi

27 Apr 2023 • 3:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Atuk Nekad Culik & Ugut Bunuh Cucu Sendiri Gara-Gara Hutang Judi

Seorang warga emas di China yang ketagih judi sanggup menculik cucunya sendiri demi melunaskan hutang akibat masalah ketagihannya itu, lapor South China Morning Post.

Menurut laporan dalam jurnal undang-undang di bandar Shanghai, China, lelaki berusia 65 tahun itu yang dikenali sebagai Yuan didakwa telah melakukan jenayah tersebut.

Ia bermula sewaktu Yuan menjemput cucu perempuannya yang berusia empat tahun dari sekolah. Yuan telah bertindak sebagai penculik dengan mengugut ibu kepada cucunya yang juga anak perempuannya sendiri.

“Kamu tidak akan berjumpa dengan anak perempuan kamu lagi melainkan kamu bayar saya 500,000 yuan (RM323,000) dalam masa tiga hari,” kata lelaki itu.

Cuba mengancam nyawa anak perempuannya

Terdesak untuk mendapatkan wang tunai, Yuan juga didakwa cuba mengancam untuk membunuh anak perempuannya sendiri.

Bagaimanapun, anak perempuannya sempat menghubungi polis dan Yuan akhirnya berjaya ditangkap oleh polis. Yuan juga dipenjara kerana cubaan memeras ugut anak perempuannya.

Namun begitu, semasa di dalam penjara, Yuan telah menyalahkan anak perempuannya atas kejadian yang menimpa dirinya.

“Saya berumur 65 tahun dan anak perempuan saya menyaman saya. Dia tidak pernah mahu saya menjadi lebih baik. Dia hanya mahu saya mati,” kata Yuan seperti dipetik dalam SCMP.

Yuan percaya kejadian itu hanyalah sebuah perbalahan antara ahli keluarga dan tidak melanggar undang-undang. Malah beliau juga telah menuduh anak perempuannya sebagai “tidak berterima kasih”.

Menurut undang-undang Shanghai, Yuan dilaporkan telah melancarkan mogok lapar di penjara dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan dalam selnya.

Polis dan bekas isteri Yuan akhirnya masuk campur dan mendapatkan surat persefahaman daripada anak perempuannya.

Sejak itu Yuan dikatakan mula menyesuaikan diri dengan kehidupan penjara dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Maklumat lanjut berhubung kejadian tidak didedahkan oleh Shanghai Law Journal, namun kisah ini telah dilaporkan oleh beberapa saluran media di China yang terkenal, termasuk China Newsweek dan Guancha.cn.

Video perkongsian yang menceritakan semula berkenaan kejadian itu telah ditonton lebih daripada 3 juta kali di Weibo.

Sumber: SCMP