Auckland mungkin berdepan “cuaca lebih buruk’: Datuk Bandar

30 Jan 2023 • 4:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

AUCKLAND: Datuk Bandar Auckland Wayne Brown memberi amaran mengenai cuaca buruk yang “lebih berbahaya” dijangka melanda bandar raya terbesar di New Zealand itu selepas hujan lebat dan banjir meragut empat nyawa sejak Jumaat, lapor Xinhua.

Brown berkata beliau telah meminta bantuan tentera untuk mendapatkan bantuan seperti guni pasir jika keadaan memerlukan.

“Kerja-kerja pembersihan besar-besaran akan dilakukan kelak untuk membersihkan sampah-sarap akibat ribut sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata hujan paling lebat dalam sejarah Auckland itu turut mencetuskan pelbagai kerosakkan di hampir semua kawasan di Auckland.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan turut memaklumkan bahawa semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak di Auckland ditutup sehingga 7 Februari.

Perdana Menteri Chris Hipkins berkata cuaca buruk itu disebabkan oleh perubahan iklim.

Kira-kira 40 rumah didapati tidak selamat untuk didiami dan kira-kira 5,000 lagi rosak. -Bernama