‘Pilot Darat’ Buat Hal, Cucuk Rapat Belakang Kereta Semasa Di Lorong Tengah Lebuh Raya [Video]

Cars
6 Jan 2023 • 5:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar berita mengenai kemalangan di lebuh raya terutamanya yang melibatkan kenderaan berat seperti lori dan bas.

Sebagai pengguna jalan raya pula, seharusnya lebih berhati-hati ketika memandu agar kemalangan yang mampu meragut nyawa ini dapat dihindari.

Pemandu lori memandu secara bahaya di lebuh raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan pemanduan secara bahaya yang dilakukan oleh seorang pemandu lori di sebuah lebuh raya.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @syafiqahlarza_, kelihatan jelas muatan berat tersebut mencucuk rapat sebuah kereta dipercayai Perodua Axia yang berada di hadapannya.

Pemandu terkejut dengar bunyi pam brek lori secara tiba-tiba

Difahamkan, ketika kejadian pemilik video tersebut sedang berbual bersama suaminya dah hanya menyedari kenderaan berat itu mengikuti rapat belakang kenderaan mereka selepas mendengar bunyi pam brek lori secara tiba-tiba.

“Lain cerita kalau kita yang pancung duduk depan, daripada hilang nyawa elok la ke kiri je. Nanti (pemandu lori) bagi alasan brek tak makan pulak,” tulisnya di kapsyen.

Lori tersebut turut cucuk rapat belakang kereta lain

Tidak menunggu lama, kenderaan itu dengan segera menukar lorong ke sebelah kiri dan memberi laluan kepada lori terbabit.

Bagaimanapun, pada video sama, kelihatan lori itu sekali lagi memandu secara bahaya apabila sebuah kereta Myvi berwarna putih pula menjadi mangsa apabila diikuti secara rapat oleh kenderaan berat tersebut.

image is not available
Foto: TikTok/syafiqahlarza_

“Bahaya main cucuk-cucuk ni” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu lori terbabit yang memandu secara bahaya kerana boleh mengakibatkan kemalangan serta meragut nyawa pengguna yang tidak bersalah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

“Pilot darat suruh bertimbang rasa”

Pemilik rakaman turut berkongsi hantaran video yang lebih panjang mengenai kejadian tersebut bagi menjawab kenyataan yang diberikan oleh salah seorang pemandu yang menyuruhnya agar bertimbang rasa terhadap lori.

Source: