
Anwar Ibrahim memberi jaminan AUKU akan dimansuhkan sepenuhnya tanpa undang-undang baharu yang mengongkong atau menekan kegiatan mahasiswa
MELAKA: Kerajaan memberi jaminan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan sepenuhnya, tanpa pengenalan sebarang undang-undang baharu yang bersifat mengongkong atau menekan gerakan mahasiswa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sendiri akan memperingatkan perkara itu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Ada kebimbangan, kadang-kadang dibatalkan AUKU (dan) diperkenalkan undang-undang baharu yang juga mengongkong mereka.
“Saya juga tidak bersetuju terhadap apa-apa pindaan atau gantian (undang-undang) yang mengongkong dan menekan kegiatan mahasiswa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bersempena dengan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.






