
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Walaupun telah masuk hari kelima, kehangatan Syawal masih lagi terasa. Lihat sahajalah di mana-mana media sosial, ramai individu saling kunjung-mengunjung menggunakan cuti yang ada untuk menziarahi sanak saudara.
Selain juadah raya seperti lemang, ketupat dan rendang, Hari Raya Aidilfitri juga turut sinonim dan dimeriahkan dengan pemberian duit raya.
Kebiasaannya, duit raya akan diberi kepada kanak-kanak atau remaja oleh golongan dewasa yang telah bekerja.
Aunty Bagi Duit Raya Kepada Pekerja Restoran
Namun, lain pula dengan seorang wanita warga emas ini yang bekerja sebagai penghantar makanan yang memberikan duit raya kepada pekerja restoran.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pentadbir restoran berkenaan di Facebook Nasi Kandar Sulaiman (NKS).
Menariknya, wanita yang digelar ‘auntie’ oleh restoran itu berbangsa Cina malah dia sendiri yang bertanyakan bilangan pekerja semata-mata mahu memberi duit raya.
“Auntie kita ini tiba-tiba datang ke NKS tanya pekerja semua berapa orang, saya pun kata dalam 20 orang,” kongsi pentadbir akaun itu.
Terharu Dengan Perbuatan Aunty Cina, Pekerja Restoran Anggap Perbuatan Mulia
Tersentuh dengan perbuatan ikhlas wanita yang juga bekerja sebagai penghantar makanan itu, mereka berasa terharu apatah lagi warga emas itu berlainan bangsa namun tetap memeriahkan sambutan hari raya.
“Sebaik sahaja tahu berapa orang pekerja, beliau terus beri 20 sampul duit raya suruh bagi kepada pekerja semua.
“Saya pun jadi terharu terus. Bayangkanlah betapa mulianya hati beliau ini. Beliau ini pun seorang rider GrabFood sahaja.
“Tambahan pula beliau merupakan orang Cina. Memang baik hati dan hebat auntie sanggup bagi 20 sampul duit raya kepada pekerja saya,” tulis mereka lagi.
Walau bagaimanapun, restoran nasi kandar yang popular di Pulau Pinang itu tidak mendedahkan nilai sebenar duit raya yang diterima daripada warga emas berkenaan.
Namun, mereka sempat berkongsi foto wajah wanita berkenaan serta sampul duit raya yang diberi olehnya.
Auntie kita ini tiba-tiba datang ke NKS tanya pekerja semua berapa orang, saya pun kata dalam 20 orang. Sebaik sahaja…
Posted by Nasi Kandar Sulaiman on Wednesday 2 April 2025
Ramai Kagum Dengan Keperibadian Wanita Warga Emas, Anggap Sebagai Perpaduan Kaum
Perkongsian yang mendapat 18,000 tanda suka itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan tindakan warga emas itu yang dilihat langsung tidak berkira serta bersama-sama memeriahkan sambutan hari raya.
Malah, ada yang menganggap perbuatannya itu lambang perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Isi Sampul Tak Penting, Yang Penting Niat Nak Bagi Tu, Terbaik Aunty”

“Sebab Kita Adalah 1 Malaysia, Tak Kira Bangsa, Tak Kira Bahasa”

“Kedai Mamu Ni Bagus La, Memupuk Semangat Perpaduan Kaum, Terbaik Mamu”

“Kaya Hati Aunty Ni, Semoga Sihat Selalu Aunty, Mungkin Aunty Ni Selalu Ke NKS, Dia Suka Layanan Staf, Dia Happy & Ikhlas Memberi”

“Semoga Aunty Ni Murah Rezeki Sentiasa”

Baca Artikel Berkaitan: Macam Main Roda Impian! Cara Kreatif Datuk Beri Duit Raya Kepada Cucu Buat Ramai Teruja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jiran Pelbagai Bangsa Bersatu Hati Gantung 400 Lampu Hiasan Aildilfitri Raih Pujian Netizen [Video]
Source:


![[Review] Richeese Factory Perkenal Combo Rich Rasa Bersama Sempena Ramadan, Berbaloi Ke?](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![[Review] Berbaloi Ke Ramadan Kongsi Bundle Dari Burger King? Ini Ulasan Kami](https://cdn.newswav.com/img/topic/sales-and-promo.jpeg)
![“Otak Mana Otak?” – Treler Tak Lepas Masuk Simpang Gara-gara Kereta Parkir Tepi Jalan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)