Aura Hebat Eman Manan, Filem Takluk: Lahad Datu Beri Impak Kepada Penonton - “Ada Masa Kau Akan Rasa Macam Dekat Situ Sekali”

20 Aug 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Izzat Haikal berkongsi ulasannya mengenai filem Takluk: Lahad Datu selepas menonton tayangan awal baru-baru ini.

Lakonan hebat

Memuji lakonan Syafiq Kyle dan pelakon hebat Eman Manan, Izzat Haikal turut terkesan dengan hasil kerja produksi filem tersebut.

 

“Filem Takluk: Lahad Datu yang di-INSPIRASI-kan daripada kisah benar is definitely an upgrade daripada Air Force The Movie (same director).

 

“Syafiq Kyle punya lakonan perform seperti biasa dan Eman Manan punya aura sebagai antagonis can be felt through the big screen. 

 

“Production value filem ni sememangnya 100. There are a few battles throughout the movie, the first battle felt 'biasa' and not impactful enough but then things keep getting better and bloodier.

“Masuk saja part Kampung Air, peh padu. The action, brutality, camera work dan setiap tembakan tu lagi impactful dan 'real',” katanya menerusi Instastory.

 

Pada perkongsian yang sama, Izzat Haikal turut memberitahu dia berasakan seperti berada di dalam filem itu selain ada babak yang mengejutkannya.

 

“Ada time kau akan rasa macam kau dekat situ sekali dengan diorang. Oh and also akan ada satu scene penggal kepala and damn it looked so real (warning for parents with anak kecik).

 

“Despite its flaws, Takluk: Lahad Datu is a solid local movie that will leave you wanting for more a (for real guys) Tonton nanti okay,” ujarnya lagi.

 

Filem Takluk: Lahad Datu yang mendapat inspirasi daripada kisah benar di Lahad Datu kira-kira 11 tahun lalu.

Takluk: Lahad Datu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.

 

Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.