Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

27 Apr 2023 • 10:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Nadhir Nasar

Menjadi kemestian bagi anak lelaki dalam keluarga untuk membeli ais batu di kedai sewaktu musim perayaan.

Tidak terkecuali pelakon popular iaitu Nadhir Nasar yang dilihat telah membeli ais batu sewaktu 1 Syawal baru-baru ini.

        View this post on Instagram                      

A post shared by (@nadhirnasar_)

Menerusi hantaran di Instagram, Nadhir telah memuat naik fotonya membeli ais batu di kedai runcit lengkap memakai Baju Melayu.

Gambar tersebut telah menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen terutamanya wanita tidak keruan melihat gambar berkenaan.

image is not available
Tangkapan layar komen netizen di Instagram

Malah menerusi perkongsian Nadhir di Insta Story, ada individu yang turut ke kedai yang sama semata-mata mahu mengambil gambar di situ. 

image is not available
Tangkapan layar Instagram Story Nadhir Nasar

Nampaknya semakin ramai la yang rajin nak pergi beli ais selepas ini ya. Semuanya gara-gara penangan Nadhir Nasar. Tidak sia-sia Nadhir dinobatkan sebagai Hero Remaja 2020. - Getaran 27 April 2023