Aura Light Portrait 2.0 adalah resipi rahsia potret menawan vivo V29 5G

Design
21 Sep 2023 • 12:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia

vivo V29 5G ialah telefon premium kelas pertengahan terbaharu yang boleh anda pertimbangkan sekiranya gemar mengambil gambar potret.

image is not available

Tapi sebelum bercerita tentang kehebatan kameranya, terlebih dahulu anda akan terpesona dengan rekaannya kerana salah satu penawaran warna vivo V29 5G mengambil inspirasi daripada Milky Way untuk kemasan belakangnya.

image is not available

Anda boleh nampak bebintik bersinar seperti bintang dalam jaluran yang mengalir dan ia selepas lebih 400 ujian dilakukan mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan kemasan belakang telefon ini sebelum kemasan 3D Starry Craft berjaya dihasilkan.

image is not available

Ciri flagship vivo V29 5G adalah Aura Light Portrait 2.0 yang boleh bantu anda ambil gambar portret yang cantik walaupun tiada langsung cahaya untuk menerangi subjek. Hal ini kerana kerana vivo V29 5G boleh hasilkan cahaya sendiri untuk menyuluh subjek. Anda boleh temui lampu LED berbentuk gelang berhampiran komponen kamera vivo V29 5G.

image is not available

Sebenarnya ia telah ditambah baik berbanding generasi terdahulu kerana ia kini 36% lebih cerah hasil penyelidikan tak henti-henti oleh jurutera vivo.

image is not available

Mereka mencipta lensa berstruktur Cassegrain yang menyerakkan cahaya dalam semua arah supaya pencahayaan tampak semula jadi.

image is not available
Figure 1:Beza hasil gambar tanpa Aura Light Portrait 2.0 (atas) dengan yang ada (bawah).

image is not available
Beza hasil gambar tanpa Aura Light Portrait 2.0 (atas) dengan yang ada (bawah)

Versi 2.0 juga ada ciri mengubah suhu warna lampu dalam 23 peringkat daripada sejuk hinggalah ke suam. Apabila mode automatik digunakan, sistem kamera akan menentukan warna yang sesuai dengan keadaan sekeliling.

image is not available
Beza hasil gambar tanpa Aura Light Portrait 2.0 (atas) dengan yang ada (bawah).

image is not available
Beza hasil gambar tanpa Aura Light Portrait 2.0 (atas) dengan yang ada (bawah).

vivo V29 5G lebih cemerlang di waktu malam. Kamera utama 50MP yang dimilikinya menggunakan sensor 1/1.57" yang besar. Dalam keadaan cahaya yang terhad, piksel-piksel yang ada di atas sensor itu boleh bergabung menjadi piksel lebih besar.

image is not available

Ia membolehkan lebih banyak cahaya dikumpul untuk setiap piksel lantas jadikan gambar lebih cerah daripada biasa. Ditambah pula dengan kehadiran sistem penstabil imej hibrid OIS dan EIS, risiko untuk anda beroleh gambar kabur akibat gegaran adalah minimum.

image is not available

vivo V29 5G mempunyai sistem pengimejan trikamera berteknologi tinggi. Kamera utamanya memperagakan sensor ultraderia 50MP dengan OIS.

image is not available

Sistem penstabil imej vivo V29 5G melakukan 1,000 pengiraan dan lakukan 10,000 pergerakkan untuk membasmi gegaran menjangkiti hasil gambar anda. Ia mampu mengambil gambar ultratajam tanpa bantuan tripod lantas jadikannya teman setia anda, dalam mengabadikan kenangan manis kerana ia sentiasa berada dalam poket.

Jurutera di makmal vivo telah mereka cipta aplikasi kamera vivo V29 5G agar mudah digunakan. Ada mode potret khas yang boleh digunakan. Tugas pengguna hanyalah cari lokasi yang sesuai, halakan lensa kamera ke arah subjek, dan tekan pengatup. Yang lain, biar vivo V29 5G bereskannya.

image is not available

Sistem fotografi berkomputer akan menganalisis imej yang ditangkap dan seterusnya menerapkan simulasi bokeh di sekeliling subjek. Pengguna turut boleh melakukan penyelarasan terhadap ciri beautify yang dikenakan ke atas wajah subjek mengikut tahap kesukaan masing-masing.

image is not available

vivo V29 5G diperkasa cip pemproses 8 teras dengan RAM sehingga 20GB (Extended RAM) beserta storan 512GB, cukup luas untuk segala keperluan anda. Nak isi bateri 4,600mAh telefon ini bukanlah satu masalah kerana anda diberikan FlashCharge 80W yang isi daripada 1% kepada 50% dalam masa 18 minit sahaja.

image is not available

Harga vivo V29 5G di Malaysia

vivo V29 5G boleh didapati dalam warna Starry Purple dan Noble Black. Tempahan awal sudah dibuka manakala hari pertama jualan adalah pada 28 September 2023 ini. Berikut adalah harga jualan Vivo V29 5G di Malaysia:

  • RM1,899 RAM 8GB + Storan 256GB
  • RM2,099 RAM 12GB + Storan 512GB

image is not available

Tempah sekarang dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM995. Antara yang menanti anda adalah:

  • Jaminan tambahan vivo cara 1+1 bernilai RM199
  • Jaminan dari skrin retak 1 tahun bernlai RM399
  • Pelindung skrin bernilai RM69
  • Casing bernilai RM69
  • Fon putik ekslusif bernilai RM259

image is not available

Selain itu, pada 28 September 2023 ini, 20 penempah terawal varian 256GB melalui gedung-gedung fizikal terpilih akan dinaik taraf kepada varian 512GB secara percuma. Kedai fizikal yang terlibat ialah:

  • Pavilion KL
  • KL East Mall
  • KL Mid Valley
  • Sunway Pyramid
  • Gurney Plaza
  • Johor Mid Valley Southkey

Layari laman rasmi vivo V29 5G untuk maklumat lanjut.