Vivo V29 5G Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,899

TechnologyDigital
20 Sep 2023 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran hari ini memperlihatkan peranti Vivo V29 5G ditawarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Ia menjadi model kemaskini untuk Vivo V27 sebelum ini dengan fokus terhadap fotografi potret malam lebih baik.

image is not available

image is not available

Ini boleh dilihat dengan jelas menerusi ciri Aura Light 2.0 yang boleh memancarkan cahaya sehingga 36% lebih terang, di samping turut diintegrasi dengan ciri baharu Smart Colour Temperature Adjustment yang boleh melaras cahaya secara automarik ikut persekitaran.

image is not available

image is not available

Berkongsi dengan lebih khusus peranti menggunakan tubuh dengan binaan melengkung sepenuhnya. Skrin adalah sebesar 6.78-inci AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan juga dengan cip Snapdragon 778G, memori 12GB RAM dan storan mencapai 512GB sebagai tunjang utama.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu sistem kamera utama pula terdiri dengan 50MP Sony IMX766V (utama) OIS + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (monokrom), di samping turut memuatkan kamera 50MP AF untuk swafoto. Melengkapinya juga adalah bateri 4,600mAh dengan sistem pengecasan berwayar 80W, serta sokongan NFC yang menjadi antara ciri penting ketika ini.

image is not available

image is not available

Vivo V29 5G dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,899 (12GB/256GB) dan RM2,099 (12GB/512GB). Anda yang berminat boleh membuat pratempah sekarang dengan hadiah percuma bernilai hinga RM995 termasuklah fon telinga nirwayar (RM259).