Australia bakal kuat kuasa kawal selia wajib terhadap AI

WorldTechnology
10 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Australia bakal kuat kuasa kawal selia wajib terhadap AI

SYDNEY: Syarikat kecerdasan buatan (AI) perlu mematuhi langkah perlindungan baharu yang diwajibkan apabila beroperasi di Australia, kata Perdana Menteri, Anthony Albanese.

Beliau berkata, Australia akan menubuhkan sebuah badan kawal selia keselamatan AI baharu tidak lama lagi bagi melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan industri yang berkembang pesat itu terus terkawal.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan kita membentuk hala tuju AI, bukannya membiarkan AI membentuk kita.

“Anda tidak boleh mematikannya dan berpura-pura perkara itu tidak berlaku. Namun, apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan teknologi itu dibentuk demi kepentingan Australia,” katanya kepada pemberita.

Langkah perlindungan itu termasuk kewajipan melaporkan risiko AI serta penilaian bebas terhadap model AI termaju.

“​​Australia merupakan antara negara terawal mengambil langkah dalam bidang ini dan kita mahu memastikan manfaat potensi AI dapat dimanfaatkan.

“Namun, kita perlu memastikan segala-galanya dilaksanakan dengan betul dan penerimaan masyarakat amat penting,” kata Albanese.-AFP

The post Australia bakal kuat kuasa kawal selia wajib terhadap AI appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved