Australia Deklasifikasikan Laporan Double Six, Setuju Dengan Penemuan Malaysia Tapi Ada Info Tambahan

27 Apr 2023 • 12:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siasatan yang dijalankan oleh Australia sebahagian besarnya bersetuju dengan penemuan siasatan Malaysia

Australia Deklasifikasikan Laporan Double Six, Setuju Dengan Penemuan Malaysia Tapi Ada Info Tambahan. Baru-baru ini, kerajaan Australia mengumumkan bahawa mereka akan deklasifikasikan tragedi Double Six, berikutan keputusan Kerajaan Malaysia untuk mendedahkan laporan mereka sendiri.

Siasatan yang dilakukan oleh Australia terhadap tragedi sebahagian besarnya bersetuju dengan penemuan siasatan Malaysia. Namun, laporan Australia mendedahkan butiran tambahan.

image is not available
Australia Deklasifikasikan Laporan Double Six, Setuju Dengan Penemuan Malaysia Tapi Ada Info Tambahan

Kedua-dua laporan itu mendedahkan bahawa pesawat GAF Nomad dikendalikan secara haram

Menurut laporan, laporan yang dibuat oleh Australia bersetuju dengan laporan Malaysia yang didedahkan baru-baru ini, namun laporan Australia mendedahkan pesawat GAF Nomad beroperasi secara haram.

Penemuan itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan pengeluar pesawat, Government Aircraft Factories (GAF), yang menyatakan Sabah Air telah menyerahkan draf manual operasinya pada tahun 1975, yang tidak pernah diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (CAD) ketika itu.

image is not available
Susulan kejadian tragedi.

Laporan Australia juga mendedahkan bahawa seorang juruterbang Sabah Air telah meninggalkan pesawat untuk memberi ruang kepada seorang juruterbang pelajar yang tidak berpengalaman – pelajar ini dikenal pasti sebagai Johari, anak kepada ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Tun Fuad Stephens.

Laporan itu berkata Johari “tidak disahkan pada Nomad dan tidak terlibat dalam operasinya selain tempoh singkat dalam penerbangan lurus dan rata dalam pelayaran apabila dia dibenarkan mengendalikan kawalan pesawat.”

Muatan melebihi kapasiti

Sementara itu, laporan Australia juga mendedahkan pesawat malang itu mempunyai muatan melebihi kapasiti, terutamanya di bahagian belakang dan menyebabkan kehilangan kawalan oleh juruterbang.

Turut didedahkan adalah pesawat terbabit dimuatkan berdasarkan kaedah eyeballing (hanya melihat menggunakan mata kasar) dan bukan menggunakan carta pemuatan – dengan alasan carta tersebut terlalu sukar untuk difahami.

Untuk penemuan laporan Australia, mereka membuat kesimpulan bahawa kemungkinan punca nahas adalah pesawat GAF Nomad telah terlebih muatan di bahagian belakang, dan laporan itu menimbulkan keraguan terhadap kemahiran juruterbang.

Selain itu, laporan itu menekankan operasi yang lemah oleh Sabah Air dan kegagalan CAD untuk memenuhi kewajipannya sebagai pihak berkuasa pensijilan tempatan sebagai faktor penyumbang kepada nahas itu.

Laporan Australia itu juga menyatakan Malaysia pada mulanya tidak menerima penemuan teknikal laporan Australia tetapi kemudian menerimanya selepas mendapat pengesahan bebas.

Lagi di sini: