Australia Dilapor Negara Pertama Lulus Undang-Undang Larang Individu Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

WorldPolitics
29 Nov 2024 • 10:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Senat Australia merupakan negara pertama yang telah pun membuat sebuah keputusan bersejarah dengan meluluskan undang-undang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, pada Rabu,

Memetik laporan Astro Awani, undang-undang itu telah diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan.

Foto: The Australian

Individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Perdana Menteri, Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan langkah sedemikian perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.

image is not available

Foto: Instagram @albomp

“Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka. Ini adalah reformasi penting.

“Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka,” tulisnya di Instagram.

Justeru itu, undang-undang yang diluluskan turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (AS$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan tersebut.

image is not available

Foto: Carian Google

Sehubungan itu, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital untuk menilai umur mereka.

Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 Ahli Parlimen yang menentang larangan itu.

Sekadar info, seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentangnya.

Sumber: Astro Awani