Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026

14 Nov 2023 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aziz Behich - Foto Agensi

AUSTRALIA menyasarkan mengungguli kelayakan Piala Dunia dalam kumpulan Asia bagi mengelak satu lagi laluan sukar ke pusingan akhir 2026 di Amerika Utara selepas perlu berhempas pulas untuk ke Qatar dan Rusia sebelum ini, kata pertahanan Aziz Behich.

Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.

Socceroos juga terpaksa memenangi playoff antara benua menentang Honduras untuk layak ke Rusia pada 2018.

Piala Dunia Amerika Utara diperluaskan ke Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico mempertaruhkan 48 pasukan.

Perkembangan itu menyaksikan Asia akan mempunyai lapan pasukan yang boleh layak terus pada 2026, meningkat daripada empat pasukan di Qatar.

Bagaimanapun Aziz Behich menyifatkan Socceroos tidak melihat penambahan pasukan sebagai satu kelebihan kepada pasukan tersebut.

“Kami mahu mengungguli kumpulan sepanjang keseluruhan proses, jadi itu matlamat utama kami.

“Kami tidak bimbang tentang berapa banyak pasukan yang layak.

“Kami melalui fasa playoff sekali lagi kempen lepas dan kami tidak mahu melakukannya lagi,” kata Behich.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved