
Pada Selasa yang lepas, Australia telah mengumumkan untuk menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel seperti mana yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.
Menurut Awani, kerajaan Australia menganggap bahawa status Baitulmaqdis seharusnya diselesaikan melalui rundingan damai di antara Israel dan Palestin terlebih dahulu bukannya melibatkan negara-negara lain.
“Hari ini kerajaan mengesahkan pendirian Australia bahawa isu Baitulmaqdis harus diselesaikan menerusi rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin.”
Australia kekal menjadi rakan setia Israel
Bagaimanapun menurut Menteri Luar Negeri Penny Wong, kerajaan Australia akan sentiasa menjadi rakan setia Israel dan komited dalam menyelesaikan dua negara di antara Israel dan Palestin demi keamanan sempadan antarabangsa.

Pada 2018, Perdana Menteri Scott Morrison yang pada ketika itu menjadi kerajaan akan mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel tetapi tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv sehingga penyelesaian damai dicapai.
Namun, pada tahun yang sama, Wong menolak keputusan Morrison dengan tidak menyokong pengiktirafan unilateral Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan meminda keputusan tersebut.
Cadangan itu terhenti di tengah jalan. Malangnya perancangan Morrison untuk memindahkan kedutaan Australia di Tel Aviv gagal apabila dia kalah dalam Pilhan Raya Nasional di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Yahudi.
Wong turut memberitahu wartawan bahawa keputusan Morrison pada 2018 telah menyebabkan Australia diketepikan majoriti masyarakat antarabangsa.
“Saya kesal kerana keputusan Morrison untuk bermain politik mengakibatkan kedudukan Australia berubah, dan kesusahan disebabkan oleh perubahan ini memberi kesan kepada komuniti Australia.”
Menurut anda bagaimana?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


