Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini

24 Aug 2022 • 3:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau juga merupakan seorang model, pelakon dan juga artis dalam usia muda.

Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini. Penghidap ADHD mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna mereka yang mempunyai sejarah ADHD tidak boleh berjaya.

Jika anda minat melihat drama Melayu, anda mesti tahu drama Biar Mereka Cemburu dalam Astro Ria dengan menampilkan lakonan dari Aiman Hakim dan Nabila Razali. Tahukah anda bahawa terdapat seorang jejaka tampan dari Sarawak ini telah menjadi pelakon tambahan di dalam drama ini!

image is not available
Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini

Aveen mempunyai kacukan India Bidayuh

Thasraveen Chandra Segaran atau nama yang lebih dikenali Aveen, merupakan anak kelahiran Sarawak yang berbakat dalam bidang lakonan dan juga seorang model. Beliau mempunyai kacukan India Bidayuh ini berumur 22 tahun dan berasal dari Miri.

Aveen merupakan seorang penghidap autisme yang menjadi contoh kepada semua bahawa dirinya juga boleh memiliki kerjaya yang berjaya dalam semua bidang. Ini juga termasuk industri perfileman.

image is not available
Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini. Sumber gambar: mywinet.com

Karyanya telah dipaparkan dalam pameran fesyen

Dalam usianya yang muda ini, beliau juga seorang artis berbakat dan berkemahiran, telah berkolaborasi dengan salah seorang fesyen tempatan dan berjaya memaparkan 3 karya seninya yang menakjubkan di Pameran Seni ABLE di Universiti Malaya (2018), Minggu Fesyen Kota Kinabalu (2019), dan Pameran Seni Cantik Malaysia Galeri Percolator Brisbane (2020).

Jelas bahawa Autisme dan Asperger’s syndrome and attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) bukanlah menjadi penghalang dirinya untuk terus berkarya di dunia seni.

image is not available
Sumber gambar: FB Aveen Thasraveen

Selain drama Biar Mereka Cemburu, Aveen turut berlakon dalam beberapa drama dengan beberapa watak kecil antaranya kain Kapan Berbisik, Shah Alam 40K serta menjadi model dalam beberapa iklan dalam talian.

Selain itu, beliau turut menawarkan kelas karya seni percuma kepada kanak-kanak autistik dari kejiranan B40 di sekeliling kejiranannya sepanjang masa lapangnya.

Rupanya ramai juga ya anak-anak Sarawak yang berbakat dan menceburi dalam bidang seni ini. Baca pautan di bawah: