Auto Guangzhou 2024: EV Nissan N7 Diperkenalkan, Hadir Dengan Teknologi AI

LocalTechnology
17 Nov 2024 • 9:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan hasil kerjasama antara Nissan dan Dongfeng Motor Group, Nissan N7, baru-baru ini telah dipamerkan di pameran automotif, Auto Guangzhou 2024.

Reka Bentuk Aerodinamik

image is not available

Nissan N7 diberikan pelbagai elemen aerodinamik di samping sentuhan klasik V-Motion Nissan. Dari segi ukuran, model ini memiliki panjang 4,930 mm, lebar 1,895 mm, tinggi 1,487 mm dan jarak roda 2,915 mm.

image is not availableimage is not available

Ciri utama reka bentuknya termasuk pintu tanpa bingkai, pemegang pintu yang terbenam, serta kadar rintangan angin serendah 0.208 Cd. Menambahkan keunikan EV ini ialah kehadiran sistem pencahayaan LED 710 unit di bahagian depan dan kluster lampu belakang OLED 882 unit, serta pencahayaan interaktif yang menghubungkan bahagian depan dan belakang secara harmoni.

Teknologi Kabin yang Inovatif

image is not available

Kokpit EV N7 dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295P dengan RAM 32GB dan storan 256GB. Model ini menampilkan algoritma teras AI adaptif pertama dalam industri yang memastikan posisi tempat duduk paling selesa semasa memandu. Teknologi ini menggunakan kemampuan pembelajaran berterusan dan kemas kini over-the-air (OTA).

Tempat duduk “zero-pressure cloud blanket” dilengkapi 49 sensor yang mengesan perubahan tekanan tubuh. Tempat duduk ini boleh menyesuaikan sokongan belakang, pinggang dan kaki secara automatik secara langsung untuk keselesaan maksimum.

Sistem Pemanduan Pintar

Nissan N7 turut hadir dengan sistem pemanduan pintar tertinggi yang dibangunkan bersama Dongfeng Nissan dan Momenta. Antara ciri utamanya ialah teknologi pemanduan autonomi Navigate on Autopilot (NOA) untuk kelajuan tinggi (high-speed) dan city memory pilot. Bagaimanapun tahap autonominya di kawasan bandar masih belum didedahkan secara terperinci. Sistem ini turut menyokong ciri parkir automatik yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Cabaran Pasaran

Walaupun spesifikasinya mengagumkan, Nissan N7 perlu bersaing dengan pengeluar EV terkenal lain seperti BYD, XPeng, Zeekr dan NIO yang mendominasi pasaran EV di China. Pada pendapat anda, adakah model ini mampu memberikan saingan yang sengit? Ataupun bakal menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan jenama lain yang lebih terkenal?