Kabin putih sesuai dengan Proton e.MAS 7. Apa pendapat anda?

LocalCars
30 Oct 2024 • 8:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton e.MAS 7 dijadualkan pelancarannya dalam tahun 2024. EV pertama daripada Proton itu baru-baru ini, pengeluarnya telah mendedahkan bagaimanakah keadaan dalamnya disamping maklumat anggaran harga juga dikongsikan.

Tentang bahagian dalam Proton e.MAS 7, apa yang kita lihat di Setia City Convention Centre baru-baru ini adalah unit dengan kabin Indigo Blue. Tapi tahukah anda, terdapat versi Proton e.MAS 7 dengan kemasan kabin berwarna putih?

image is not available

Pendapat kami tentang kebih cerah di Proton e.MAS 7

Kemasan dalaman yang berwarna putih memang sangat mencuri tumpuan. Mana taknya, jarang-jarang kita lihat kereta di Malaysia, ada bahagian dalam berwarna cerah. Kami nampak warna cerah di kerusi, papan pemuka depan, dan di bahagian pintu. Kalau di rumah, warna cerah berikan perasaan lapang dan tenteram.

image is not available

Walau bagaimapun, kegusaran terbesar adalah betapa mudahnya kekotoran kelihatan berlatarbelakang warna cerah.

Namun, selepas seminggu menyertai Proton e.MAS 7 Tour yang ada unit EV dalaman berwarna putih, didapati materi yang diguna sebagai kemasan kabin adalah tahan kotor tanpa sebarang kesan penggunaan diperhatikan setakat ini.

Proton e.MAS 7 dalaman putih masih belum ada

Sekiranya anda bermina untuk dapatkan e.MAS 7 dengan kabin putih, malangnya ia masih belum ditawarkan kepada pengguna. Proton masih mengumpulkan maklum balas daripada orang ramai untuk mempertimbangkan sama ada cukupkah permintaan untuk mereka hasilkan e.MAS 7 dalam kemasan warna sebegitu.

image is not available

Kabin Indigo Blue vs. Putih?

Akan menjadi sesuatu yang unik sekiranya Proton e.MAS 7 menawarkan kemasan putih untuk bahagian kabin. Banyak pengeluar EV China lain menawarkannya kerana dalam pasaran China, penawaran warna ruang kabin, lagilah berwarna warni. Di Malaysia, Tesla menawarkan kereta mereka dalam warna cerah dengan pertambahan kira-kira RM5,000. Itupun masih ada berminat dan dapatkannya.

image is not available

Proton e.MAS 7 vs. Geely Galaxy E5

Di China, Geely Galaxy E5 kembar kepada Proton e.MAS 7 menawarkan kemasan dalamn berwarna hitam, putih, dan coklat. Proton mendedahkan yang harga anggaran Proton e.MAS 7 adalah sekitar RM120,000 dan ia lebih baik berbanding Geely Galaxy E5 dalam tiga aspek ini.

image is not available

Yang pertama adalah ia ada sistem input AC lebih baik kerana mampu terima kuasa 11kW 3 fasa. Kemudian, sistem pengampainya ditala khas untuk jalan raya Malaysia dan akhir sekali, kemampuannya untuk genang air lebih baik pada 40cm kedalaman.

Bacaan berkaitan