“Auto ‘Rejected’ Lah Kalau Macam Ini..” – Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Permohonan Kerja Tak Profesional

8 May 2025 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, apabila kita mahu membuat permohonan kerja, penting untuk menggunakan ayat yang formal dan profesional.

Hubungi perekrut kerja dengan bahasa yang sopan dan jelas, serta elakkan menggunakan nada santai atau tidak serius.

image is not available

gambar hiasan

Ini menunjukkan bahawa kita menghargai peluang yang diberikan dan memberi gambaran positif tentang sikap kita.

Namun, baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang individu yang mahu memohon pekerjaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, ia memaparkan perbualan WhatsApp yang diterimanya daripada seseorang yang bertanya tentang pekerjaan.

Individu tersebut menyapanya dan terus bertanya mengenai jawatan kosong.

Hi, jawatan kosong.

Dia membalas sapaan individu tersebut, hanya untuk menerima jawapan yang samar-samar.

Masih ada ke? – kata individu itu.

image is not available

Cuba untuk membantu, wanita itu bertanya tentang jawatan apa yang dimaksudkan dan jawapan individu tersebut membuatkannya enggan menyambung perbualan itu.

Tak kisah. Mana-mana yang kosong.

Wanita itu turut memberitahu bahawa dia tidak pernah ‘set up’ sebarang mesej automatik untuk jawatan kosong di WhatsApp.

Saya tak ada buat auto WhatsApp jawatan kosong tu. Auto rejected la kalau macam ni.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meminta agar wanita itu mengabaikan permohonan kerja yang diminta oleh individu tersebut kerana dianggap tidak profesional.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 7 days ago

'Gen Z' Ubah Budaya Kerja, Tak Kejar Jawatan Tinggi Tapi Cari Kerja Yang Beri Makna & Fleksibiliti

View Original Article