

Kira-kira 16 model didedahkan termasuk Chery Tiggo 8 di pameran Auto Shanghai 2025 yang ketika ini sedang berlangsung di Shanghai, China.
Ini sekali gus membuatkan pengeksport kereta terbesar China Chery menghiasi dada-dada akhbar China mahupun portal automotif sepanjang pameran itu.Apa yang pasti pengenalan Chery Tiggo 8 ini sudah memberi bayangan jelas bahawa ia akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.Ia bukan sekadar facelift namun ia akan ditawarkan dengan sistem PHEV Chery Super Hybrid (CSH) baharu.


Sebelum ini, Chery menggunakan unit rangkaian kuasa PHEV Tiggo 8 e+ Pro. Enjin 1.5 liter itu digandingkan dengan sistem hibrid selain menampilkan keberkesanan suhu mencecah 44.5%.
Ia digandingkan dengan dengan kotak tiga kelajuan DHT Super Electric Hybrid Stepless baharu serta dua moor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setakat n 326 PS dan tork 545 Nm.
Sebaliknya, model Chery Tiggo 8 Pro yang ditawarkan ketika ini di Malaysia dilengkapi dengan enjin 2.0 liter yang menghasilkan kuasa setakat 256 hp dan 390 Nm.

Sistem PHEV yang ada pada model ini menawarkan penggunaan bahan api serendah 3.8L/100 km serta memberikan jarak gerak elektrik tanpa enjin petrol dihidupkan sejauh 125 km dengan satu cas penuh bateri .
Melihat luarannya, Chery Tiggo 8 dilihat cuma menerima beberapa perubahan kecil kerana ia cuma dilengkapi dengan logo hybrid plug in di pintu belakang, pemegang pintu jenis tersembunyi manakala bampar belakangnya juga serba baharu.
Apapun, Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan pada Malaysia Autoshow 2025 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang bermula 9 Mei hingga 15 Mei 2025.
