Keterujaan pelumba negara, Jazeman Jaafar, yang mengemudi jentera Aston Martin Vantage GT3 Evo di Autobacs Super GT 2025 menerusi tiket wildcard cukup untuk membuatkan dia tersenyum lebar susulan perkara itu merupakan impian Jazeman sejak berusia lapan tahun lagi.
