Autocount ambil alih unit kedai berharga RM1.36 juta di Ara Damansara menerusi lelongan awam

Business & FinanceProperty
17 Aug 2023 • 6:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Autocount ambil alih unit kedai berharga RM1.36 juta di Ara Damansara menerusi lelongan awam

azan

17/08/2023 - 18:11

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Autocount Dotcom Berhad menerusi anak syarikatnya, Auto Count Sdn. Bhd. bercadang untuk mengambil alih satu unit kedai berharga RM1.36 juta daripada Maybank Islamic Berhad yang terletak di Ara Damansara menerusi lelongan awam.

Bangunan kedai itu terletak di Blok C, Centum @ Oasis, Pusat Korporate Oasis No.2, Jalan PJU 1A/2, Ara Damansara, Petaling Jaya.

Harga belian hartanah tersebut ditentukan atas dasar 'pembeli bersedia, penjual bersedia' melalui proses lelongan awam yang dijalankan oleh Maybank Islamic.

"Cadangan pengambilalihan itu memberi peluang kepada kumpulan itu meperoleh hartanah yang terletak berhampiran pejabat mereka di Ara Damansara.

"Ia juga membolehkan kumpulan mempunyai ruang pejabat tambahan untuk menampung operasi kumpulan yang semakin berkembang," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Cadangan pengambilalihan tidak akan mempunyai apa-apa kesan ke atas modal saham dan besar pegangan saham dan harga belian akan dipenuhi sepenuhnya secara tunai.

"Hartanah itu mungkin perlu menjalani program pengubahsuaian, naik taraf atau peningkatan aset dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keadaannya dan mungkin juga memerlukan penyelenggaraan atau pembaikan ad hoc yang tidak dijangka.

"Kos penyelenggaraan hartanah runcit dan risiko keperluan penyelenggaraan atau pembaikan yang tidak dijangka cenderung meningkat dari semasa ke semasa apabila bangunan semakin berusia," katanya.- DagangNews.com