Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

LocalCars
14 May 2026 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

WhatsApp-Image-2026-05-14-at-11.30.21.jpeg

Automechanika Kuala Lumpur (AMKL) 2026 yang berlangsungdi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menarik penyertaan lebih 317 pempamer dari 16 negara dan wilayah merentasi enam dewan pameran.

Ketika rantaian bekalan semakin tertumpu kepada rangkaian serantau, teknologi elektrifikasi semakin pesat berkembang dan sektor aftermarket menjadi semakin kompleks, edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil bukan sekadar sebagai acara industri, tetapi sebagai platform strategik yang memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

Pengurus Besar Messe Frankfurt (HK) Ltd, penganjur Automechanika Kuala Lumpur, Fiona Chiew, berkata alaysia kini bukan lagi sekadar mengambil bahagian dalam pertumbuhan industri automotif ASEAN, malah semakin memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju perkembangannya.

“Automechanika Kuala Lumpur telah berevolusi daripada sebuah acara perdagangan konvensional kepada platform strategik yang membuka ruang kerjasama rentas sektor dan sempadan. Malaysia kini semakin muncul sebagai titik pertemuan bagi perbincangan ini — hasil daripada dasar yang dirancang dengan teliti, skala pasaran yang terus berkembang, serta kesediaan industri tempatan untuk memimpin,@ katanya.

Terdahulu, majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkuta, Datuk Hasbi Habibollah.Antara pempamer yang hadir ialah Brembo, Kovax, Schmaco, Vanli, Launch, TUHU Car Care, TecAlliance dan Leoch Battery, iaitu antara pemain industri yang berkongsi pandangan serta mempamerkan penyelesaian mobiliti merangkumi sektor digital dan tenaga hijau — mencerminkan keluasan rantaian bekalan automotif global yang semakin mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran keutamaan serta rakan pembuatan serantau.