Avisena nafi ‘dibeli’ bilionair Yahudi

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Avisena nafi ‘dibeli’ bilionair Yahudi

SHAH ALAM – Avisena Healthcare menafikan dakwaan bahawa institusi kesihatan itu ‘dibeli’ oleh bilionair Yahudi, Henry Kravis, yang juga pengasas bersama firma pelaburan global KKR & Co.

Sebaliknya, pelaburan yang dibuat adalah oleh KKR & Co sebagai sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), menerusi pegangan minoriti tanpa mengubah kawalan atau pengurusan sedia ada Avisena Healthcare.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan Avisena Healthcare berkata, KKR & Co merupakan firma pelaburan global yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan struktur pemilikan terdiri daripada pelbagai pemegang saham.

“Pelaburan ke dalam Avisena Healthcare merupakan satu transaksi komersial dan tidak wajar dikaitkan atau ditafsirkan berdasarkan agama, etnik atau latar belakang peribadi mana-mana individu.

“Ia cuma pelaburan minoriti dan tidak melibatkan pembelian, pengambilalihan atau sebarang perubahan kepada kawalan pegangan saham sedia ada Avisena Healthcare,” katanya di sini.

Menurutnya, tiada perubahan terhadap barisan pengurusan mahupun operasi institusi itu susulan transaksi berkenaan.

Jelasnya, pemegang saham sedia ada dan barisan pengurusan Avisena Healthcare akan terus menerajui syarikat, manakala perkhidmatan klinikal serta operasi harian kekal diuruskan pasukannya seperti biasa.

“Avisena Healthcare kekal komited terhadap nilai, standard klinikal dan prinsip etika yang selama ini menjadi asas organisasi serta penjagaan yang diberikan kepada pesakit,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di Threads dakwaan kononnya Avisena Healthcare ‘dibeli’ oleh Kravis. – KOSMO! ONLINE

The post Avisena nafi ‘dibeli’ bilionair Yahudi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved