Siasatan lebihan kapasiti AS: Malaysia tunggu keputusan dalam tiga minggu – Johari Ghani

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2026 • 8:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keputusan Amerika Syarikat (AS) berhubung siasatan lebihan kapasiti yang melibatkan 16 negara, termasuk Malaysia, dijangka diumumkan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.

Image from: Siasatan lebihan kapasiti AS: Malaysia tunggu keputusan dalam tiga minggu – Johari Ghani

Foto: Bernama

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan, perkara itu dimaklumkan oleh Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, ketika mereka mengadakan perbualan telefon minggu lalu.

“Pada minggu lalu, saya mengadakan perbualan telefon dengan Jamieson Greer dan beliau memaklumkan bahawa keputusan berkaitan lebihan kapasiti ini akan diumumkan kepada 16 negara, termasuk Malaysia, dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang,” katanya.

Johari berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) Ke-43 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Johari, pihak AS kini berada pada peringkat akhir siasatan berkaitan lebihan kapasiti yang dijalankan di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974.

Beliau berkata, siasatan berkenaan merangkumi empat aspek utama, iaitu lebihan kapasiti, buruh paksa, alam sekitar serta subsidi kerajaan.

Bagaimanapun, Malaysia hanya terlibat dalam dua skop siasatan, masing-masing berkaitan kapasiti dan buruh paksa.

Image from: Siasatan lebihan kapasiti AS: Malaysia tunggu keputusan dalam tiga minggu – Johari Ghani

Foto: Berita Harian

“Walaupun berdepan halangan dari segi perundangan dan dasar terhadap beberapa langkah terdahulunya, AS telah menjelaskan hasratnya untuk terus menangani perkara yang dianggapnya sebagai ketidakseimbangan dalam sistem perdagangan global, dan bersedia menggunakan setiap langkah yang tersedia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata AS sebelum ini sudah memuktamadkan siasatan di bawah Seksyen 301 yang melibatkan import berkaitan buruh paksa.

Susulan daripada siasatan tersebut, AS mengenakan tarif sebanyak 10 peratus terhadap import dari 17 ekonomi termasuk Malaysia, manakala ekonomi lain yang terkesan dikenakan kadar tarif sebanyak 12.5 peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved