“Awak Ada Isu Apa Dengan Saya? Saya Harap Awak ‘Sembuh'” – Janna Nick Titip Pesanan Buat Puteri Balqis

EntertainmentLifestyle
24 Jan 2026 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon, Janna Nick tampil memberikan respon kepada kenyataan yang ditulis Puteri Balqis dan ibunya di Instagram.

Janna secara terus tag akaun @morosechild dan mempersoalkan apakah Puteri Balqis mempunyai sebarang isu dengan dirinya.

Advertisement

Janna turut menegaskan bahawa dia bersedia untuk bersemuka secara dalam talian memandangkan kini berada di London.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Janna turut mengimbas kembali pengalaman mereka berlakon bersama sewaktu Balqis masih kecil. Dia mendakwa pernah mengalami trauma apabila terlihat seseorang yang berkaitan dengan Balqis tidur dalam keadaan tidak senonoh di dalam bilik ketika dia mahu solat. (bukan ibu Puteri Balqis)

Janna turut meluahkan rasa tidak selesa terhadap cara Balqis digunakan untuk menjana pendapatan sewaktu kecil dan mengakui sedih melihat situasi yang berlaku.

Perkongsian paling mengejutkan ialah apabila Janna mendakwa pernah diburukkan oleh ibu Puteri Balqis dalam satu kumpulan WhatsApp selebriti selepas penggambaran mereka tamat.

Perkara itu dikatakan dimaklumkan sendiri oleh pengarah Michael Ang.

“Awak Baru kena Sikit Pun Dah Melalak, Sampai Junjung Alquran” – Ibu Puteri Balqis Tempelak Janna Nick Susulan Isu Hangat

Walaupun banyak kisah pahit dikongsikan, Janna tetap memuji kesungguhan Balqis ketika zaman kanak-kanaknya.

Dalam penutup, Janna menjelaskan bahawa thread asalnya bukanlah untuk membela Mia Sara dan dia kini sedang cuba untuk melepaskan segala dendam yang pernah dipendam.

Dia turut berharap agar Balqis dapat ‘sembuh’ dan mencari kedamaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-24 13:25:06

"Awak Baru kena Sikit Pun Dah Melalak, Sampai Junjung Alquran" - Ibu Puteri Balqis Tempelak Janna Nick Susulan Isu Hangat

The post “Awak Ada Isu Apa Dengan Saya? Saya Harap Awak ‘Sembuh'” – Janna Nick Titip Pesanan Buat Puteri Balqis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.