Awak Bila Nak Kahwin? 5 Tips Jawab Soalan Panas Makcik-makcik Raya Ini #RAYA2023

Opinion
17 Apr 2023 • 3:00 PM MYT
KadangKaler
KadangKaler

Menulis kerana mindaku selalu berbicara, lantas kuluahkan dengan tulisan.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit foto: Portal mStar

Setiap kali raya tiba, soalan panas yang sering ditanya oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik adalah “Awak bila nak kahwin?”

Tidak kira siapa anda, golongan muda atau dewasa, soalan ini pasti akan ditanyakan lebih-lebih lagi semasa menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga.

Apabila soalan ini ditanya, pasti terdapat sedikit tekanan dan rasa tidak selesa buat empunya badan untuk menjawab. Berikut penulis kongsikan 5 tips untuk menjawab soalan tersebut dengan sopan tanpa mengundang kontroversi:

1. Beri respons positif

Kebiasaannya, makcik-makcik yang bertanya soalan tersebut hanya berniat untuk berbasa basi bagi mengetahui perkembangan terbaru hidup anda.

Maka itu, berikan respons positif seperti "Saya masih menunggu jodoh yang terbaik" atau "Saya tengah mencari seseorang yang sesuai." Hati-hati dari berseloroh bertanyakan “Suami makcik masih available” pula ya? Lain jadinya nanti.

Jawapan positif ini memberi kesan bahawa anda bersedia untuk berkahwin tetapi masih mencari pasangan yang sesuai.

2. Jangan memperlihatkan riak muka negatif

Walaupun soalan tersebut agak mengganggu, cuba untuk tidak perlihatkan emosi yang negatif seperti marah atau tidak sabar. Biji mata jangan dijegil garang kepada makcik tersebut.

Image from: Awak Bila Nak Kahwin? 5 Tips Jawab Soalan Panas Makcik-makcik Raya Ini #RAYA2023
Senyum walaupun dalam hati rasa hendak marah. Kredit foto: Intisari Online

Jika dilakukan ini pasti akan mempamerkan bahawa anda kurang kawalan emosi dan boleh menimbulkan suasana tegang yang tidak perlu. Sebaliknya, tunjukkanlah riak muka yang tenang dan sopan.

3. Elakkan daripada mengambil perkara secara peribadi

Acap kali, soalan ini ditanya secara umum dan bukan secara peribadi. Oleh itu, jangan mengambil soalan tersebut secara terlalu peribadi.

Anggap soalan ini memang menjadi kebiasaan yang selalu ditanya oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya, cuba ambilnya sebagai peluang untuk beramah mesra dengan mereka yang lebih tua dari kita.

4. Tidak perlu memberi jawapan dengan terlalu terperinci

Jika ditanya bila akan kahwin, elakkan memberikan jawapan yang terlalu terperinci. Ini kerana makcik-makcik mungkin akan terus bertanya dan pastilah akan menimbulkan situasi yang semakin tidak selesa buat anda.

Cukup dengan memberikan jawapan yang ringkas untuk menjawab soalan tersebut. Makcik-makcik itu mungkin juga akan memahaminya sebagai hint untuk tidak bertanya lanjut.

5. Cuba alihkan fokus perbualan kepada topik lain

Seandainya anda menerima terlalu banyak soalan tentang hal kahwin, cuba untuk memindahkan topik perbualan kepada topik yang lain.

Sebagai contoh, anda boleh membuka topik yang berbeza seperti kerjaya, aktiviti sukan atau hobi. Ini dapat menukar perhatian makcik-makcik dan pakcik-pakcik daripada terus bertanya anda tentang hal perkahwinan.

Image from: Awak Bila Nak Kahwin? 5 Tips Jawab Soalan Panas Makcik-makcik Raya Ini #RAYA2023
Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook Himpunan Cerita Lawak

Kesimpulannya, menjawab soalan tentang kahwin adalah satu proses yang perlu dilalui oleh orang bujang setiap kali raya tiba. Dengan mengambil kira tips di atas, anda boleh cuba menjawab soalan tersebut dengan sopan tanpa menimbulkan kontroversi.

Terimalah soalan tersebut sebagai tanda ambil berat dan jangan terlalu mengambilnya secara peribadi. Bak kata orang, “Layankan saja.”

Selamat menjawab soalan panas makcik-makcik raya!


Image from: Awak Bila Nak Kahwin? 5 Tips Jawab Soalan Panas Makcik-makcik Raya Ini #RAYA2023
Hantar artikel/video berkaitan #RAYA2023 dan menangi hadiah wang tunai sebanyak RM8,000! Ketahui lebih lanjut di sini.


KadangKaler adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.