Ditanya Siapa Sunting Video, “Pakcik Edit Sendiri Nak, Dengan Serba Kekurangan…”

17 Apr 2023 • 10:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ditanya Siapa Sunting Video, “Pakcik Edit Sendiri Nak, Dengan Serba Kekurangan…”

Sekiranya anda penggemar TikTok, pasti mengenali seorang buruh ladang yang sering mencipta kandungan bersahaja dengan menggunakan loghat Pahang sehingga mendapat perhatian ramai.

Video miliknya sering tular di media sosial susulan menampilkan keunikan daripada segi penyampaian dalam menyuntik semangat kehidupan.

Dia turut menggunakan platform tersebut untuk berkongsi pengetahuan berhubung hal-hal ladang yang berkemungkinan tidak diketahui awam.

Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang bertanyakan soalan berkenaan dengan penyuntingan video, oleh sebab klip-klip yang dipaparkan tidak mempunyai sebarang kesan tambahan.

“Pakcik…nak tanya…siapa yang edit video?” tanya individu tersebut.

Semua video disunting sendiri

Buruh Ladang (@lokoih_)yang juga terkenal dengan slogan Aok down ke tu? mengesahkan semua video yang dimuat naik di media sosial adalah hasil suntingannya sendiri.

Seperti video yang lain, dia turut menjawab soalan itu dengan menggunakan latar belakang ladang sawit sambil duduk di hadapan kamera.

image is not available
Kredit: @lokoih_/TikTok

Dalam nada yang santai, dia menerangkan bahawa video-video di akaunnya sememangnya hasil air tangannya sendiri.

Biarpun berada pada tahap kekurangan namun menurutnya itu bukan alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang baru.

“Pakcik edit sendiri dik, dengan serba kekurangan, dengan penampilan yang ketinggalan, jauh di pedalaman ladang kelapa sawit, jauh daripada bangunan tinggi sana namun pakcik tidak mengalah.

“Sikit-sikit jalan perlahan macam siput pun pakcik usaha dik,” jelasnya.

Dalam keterangannya, Buruh Ladang tersebut turut mengatakan walaupun kualiti yang ditunjukkan agak berlainan seperti yang lain, akan tetapi dia tetap buktikan kemampuannya.

“Buruk-buruk gambar pakcik ini pun, pakcik buat, buktikan biarlah orang lain nak cakap apa.

“Itu tidak kena, ini tidak kena, biarlah janji kita dah buktikan dan dah buat,” ujarnya.

Beri galakan ramai cipta kandungan

Menurutnya, dengan penghasilan karyanya, dia mahu ia memberi semangat dan galakan kepada orang ramai yang kekeringan idea dalam mencari inspirasi untuk mencipta kandungan.

Ujarnya, dalam menghasilkan kandungan di media sosial, ia juga boleh dicipta melalui bahan dan persekitaran yang ada di sekeliling.

“Sekurang-kurangnya adalah kenangan. Bukanlah untuk melayakkan diri sebagai seorang pelakon tetapi untuk memberi galakan dan dorongan kepada orang lain untuk mencuba dengan apa yang ada di sekeliling.

“Tidak berniat untuk memancing pengarah filem ambil koi (saya) ini sebagai pelakon. Moga orang di luar sana dapatlah inspirasi dengan apa yang ada di sekeliling awak,” tambahnya.

Jelas Buruh Ladang, TikTok merupakan platform yang mudah untuk mendapat ribuan tontonan walaupun video yang dihasilkan itu ringkas.

“TikTok ini berbeza dik, kalau kita buat, dia tidak cerewet macam platform lain, kedekut view.

“TikTok A punya. Nak dapat berjuta tontonan kita guna apa yang ada sahaja.

“Semoga menjawab persoalan yang membelenggu awak ini. Yang edit ini, pakcik edit sendiri,” katanya.

@lokoih_

Replying to @bohisra4r Semoga menjawab persoalan yang membelenggu hidup aok. Newbie Content Creator #buruhladang

♬ original sound – Buruh Ladang – Buruh Ladang

Sumber: @lokoih_/TikTok