“Awak Handsome Dik” – Diheret Ke Mahkamah, Ada Netizen Luah Rasa Simpati Dengan Suspek Bakar Kekasih Hamil

2 Jun 2023 • 5:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Demi untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah, seorang lelaki didakwa membunuh kekasihnya dengan cara paling kejam iaitu dengan menikam dan membakar mangsa.

Semalam, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar atas pertuduhan membunuh. Namun tiada sebarang pengakuan direkod dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 Ogos nanti.

@utusantvofficial Bekas penuntut kolej itu akan dituduh pagi ini kerana membunuh seorang pelayan restoran di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, #SungaiBesar #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #sabakbernam ♬ original sound – UtusanTV

Kes menggemparkan negara itu mendapat tumpuan ramai sehingga tular video ketika suspek diiring polis ke mahkamah. Ada yang meluahkan rasa geram dan mahukan hukuman setimpal dijatuhkan terhadap suspek.

Tapi siapa sangka, ada juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa simpati melihat suspek diheret ke mahkamah. Netizen kesian memikirkan masa depan suspek yang masih muda gelap disebabkan kes ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Pendapat pengguna TikTok itu bagaimanapun menerima kritikan pengguna lain. Mereka tak dapat bayangkan perasaan keluarga mangsa apabila ada netizen yang tampil ‘back up’.

image is not available

image is not available

Apa-apa pun semoga hukuman setimpal buat suspek kes pembunuhan kejam ini.

Kredit: Twitter | TikTok