“Awak hero!” – Remaja Selamatkan Arnab Ketika Rumah Terbakar Raih Pujian Netizen

Entertainment
10 Sep 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemuda mendapat pujian netizen selepas sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan beberapa ekor arnab dalam sangkar ketika kediaman tersebut terbakar.

Dalam kejadian di Kajang Utama itu, pemuda tersebut dilihat mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkan dua ekor arnab di dalam sangkar yang terletak di tembok tepi longkang.

@thesundaily

10 September 2024: “You are a hero” – Teenage boy rescues rabbits from burning residence in Kajang banujeeva8 #theSun #news #viralnews #viralvideomalaysia #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – theSun – theSun

Meskipun api sedang marak di kediaman berkenaan, namun pemuda itu tidak berganjak malah cuba membuka sangkar haiwan peliharaan itu menggunakan pemotong besi.

Dalam TikTok The Sun, pemuda itu akhirnya berjaya melepaskan arnab-arnab tersebut dan terdapat juga gambar di mana arnab itu dalam keadaan yang selamat.

“Awak memang hero!”

Video itu dipenuhi dengan ucapan terima kasih serta pujian daripada netizen yang kagum dengan keberanian pemuda itu.

Malah, ramai juga yang mendoakan pemuda itu agar sentiasa dalam keadaan yang baik.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan berkenaan sosok yang berani itu serta status kejadian rumah terbakar tersebut.

Memang hero lah dik!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.