“Awak Jiwa Saya Hana..” – Bekas Isteri Dakwa PU Abu Sekali Lagi Buat Hal, Nak ‘Getback’?

15 Jan 2023 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pendakwah bebas, PU Abu menjadi perhatian setelah dikatakan dirinya sekali lagi membuat hal kerana menghubungi semula bekas isteri, Hana Azraa.

Melalui perkongsiaan Hana di Instagram Story, dia memberi amaran kepada PU Abu agar tidak berkelakuan seperti itu dan terpaksa mendedahkan perkara terbabit kepada umum kerana mahu hentikan gangguan pendakwa tersebut.

Biarpun nama tidak didedahkan, ramai sudah dapat agak bahawa penghantar mesej itu adalah PU Abu susulan kontroversi yang pernah dicetuskan olehnya sebelum ini.

image is not available

Hana mendakwa sebelum ini dia masih memikirkan periuk nasi dan tanggungjawab bekas suaminya serta fikirkan keadaan isteri PU Abu yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga.

Tambahannya lagi, perkara lalu perkara lalu perlu dijadikan sebagai pengajaran dan berharap agar PU Abu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak lelaki, tetapi tak lebih daripada itu.

image is not available

Pada perkongsiaan terakhir status IG Story, wanita tersebut menegaskan bahawa mereka tidak perlu bersatu kembali dan hubungan dibina cuba sekadar sebagai ibu bapa kepada anak lelaki mereka, Mateen saja.

image is not available

image is not available 2 bulan lalu

"Saya Sikit Pun Tak Kisah" - Minta Jangan Ganggu, Bekas Isteri PU Abu Pula Dituduh Cemburu?