“Kita Memang Nak Nikah, Tapi Belum Masanya Lagi” – Fuad Rahman

Music
11 Jan 2023 • 12:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Umum mengetahui penyanyi, Fuad Rahman, 43, telah menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lagi penyanyi, Tom yang berusia 36 tahun.

Namun begitu, Fuad menjelaskan dirinya bersama Tom masih lagi belum melangsungkan pernikahan mereka meskipun pernah muncul salah faham sebelum ini di kalangan netizen.

Belum sampai masa

image is not available

Penyanyi itu juga berkata sudah pasti peminat akan terkejut sekiranya mereka mengumumkan sudah bernikah.

Saya hanya berkata kalau kita cakap nak nikah, mesti orang terperanjat. Iyalah, kita memang nak nikah tapi belum masanya lagi. Konon-kononnya sajalah, kalau dah jodoh, insya-Allah. Tapi secara jujurnya, kita belum nikah lagi. Dalam perbincangan, tapi nak cepatkanlah, insya-Allah.

Sebagai rekod, Fuad pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali manakala kekasihnya, Tom pula pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini.

Kredit Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media