“Awak Kacau Keluarga Saya Maksudnya Awak Cari Masalah Dengan Saya” – Riena Diana Cari Individu Curi Wang Dan Gelang Ibu Saudara

LocalEntertainment
25 Oct 2024 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Riena Diana berang apabila gelang dan wang milik ibu saudaranya didakwa dicuri oleh sepasang kekasih.

Riena berkata gelang yang telah dicuri itu adalah barang kemas berharga yang telah dihadiahkan oleh seseorang yang istimewa.

Awak kacau keluarga saya bermaksud awak cari masalah dengan saya!

Pelakon Salju Rindu Di Bumi Auckland itu meminta bantuan daripada warganet untuk membantunya mencari pasangan kekasih itu.

Tolong saya cari pasangan kekasih tak guna tu. Gelang itu sangat berharga sebab makcik saya sayang sangat kerana ia pemberian daripada seseorang.

Pelakon itu turut berkongsi tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya merakam perbuatan pelaku di akaun Instagramnya.

Pelakon itu turut berkata pihak keluarga tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat jika suspek tidak megembalikan barang yang dicuri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

image is not available 1 day ago

“Tak Pernah Sekongkol Dengan Jho Low” - Terluka Selepas Tahu Kecurangan 1MDB, Najib Razak Mohon Maaf Pada Rakyat