“Hadiah Itu Sempena Pencapaian Saya..” – Riena Akui Teruja Terima Hadiah Daripada Keith Foo

LocalEntertainment
9 Oct 2024 • 7:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video mengenai pelakon, Riena Diana menerima hadiah Iphone 16 Pro Max daripada kekasihnya, Keith Foo menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Memetik daripada Mstar, Riena berkata dia tidak menyangka dia akan menerima hadiah tersebut namun dia tetap berterima kasih kepada Keith Foo atas penghargaan tersebut.

image is not available

Kebetulan dia telefon dan ajak makan, saya memang tak fikir apa-apa. Selepas makan baru dia kejutkan saya dengan hadiah tersebut.

Dia cakap hadiah itu bersempena dengan pencapaian saya dan dia juga bangga dengan saya

Pelakon drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland itu berkata telefon tersebut menjadi sumber kekuatannya bagi mengacarakan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada 11 Oktober yang akan datang.

image is not available

Riena memberitahu dia sedikir gerun membaca kecaman netizen di TikToknya. Dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan mempamerkan kebahagiaan dia dan kekasihnya di media sosial.

image is not available 1 month ago

Keith Foo & Riena Diana Dah Pilih Tarikh Kahwin? - “Perancangan Tu Ada, Cuma Kami...”