“Awak Seorang Ibu, Ada Anak, Tolong Jaga Lisan” – Shila Amzah Berang Bertemu Dengan Individu Mulut Jahat, Nasib Ada Ubai Tenangkan

Entertainment
25 Mar 2024 • 5:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa berang apabila dia memberi bayangan berhadapan dengan seorang individu bergelar ibu yang berkelakuan biadab dan kurang sopan.

Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia tidak mendedahkan secara lanjut butiran perkara yang membuatkan dia marah itu.

Mendidihnya hati ini, tapi nasib bulan puasa. Suami kata sabar. Ya sayang, saya sedang bersabar.

Sebagai seorang manusia, tolong jaga lisan. Tolong lah wahai insan. Terutama apabila awak seorang ibu dan juga memiliki anak, ingat itu.

Mendakwa individu itu sebagai seorang yang ‘bermulut jahat’, penyanyi lagu Patah Seribu itu memaklumkan dia pernah berhadapan dengan orang yang berperangai sama seperti itu sebelum ini.

image is not available

Benar saya pernah jumpa seseorang yang mulut jahat macam awak. Awak tiada yang istimewa. Saya dah pernah jumpa orang jenis macam awak sebelum ini.

Perkembangan terkini, Shila kini sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkan pada bulan Syawal ini.

Penyanyi terkenal itu telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama pempengaruh media sosial, Ubai Mz pada Ogos 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Haa Sudah, Shukri Yahaya Pula Mangsa Seterusnya" - Muat Naik Gambar Lakonan Bersama, Tindakan Fatiya Latiff Undang Kecaman Netizen