Syada & Shila Amzah Dah Berdamai, Tiada Lagi Konflik Adik Beradik

Entertainment
6 Mar 2024 • 6:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, penyanyi Syada Amzah ada meluahkan rasa rindu terhadap adik beradiknya termasuklah Shila Amzah.

Oleh itu, Syada ketika ditemui oleh wartawan mStar Online menyatakan bahawa dia sudah pun bersua dengan kakak sulungnya it untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka.

“Rindu tu mestilah ada, sebab adik beradik. Saya sudah jumpa dia (Amir Syahir) dan juga adik-beradik lain. Itu sekadar luahan, tiada apa pun.”

Sementara itu, Amir Syahir menjelaskan bahawa hubungannya dengan Syada sepanjang konflik itu berlaku, mereka hanya baik-baik sahaja. Malah Syada juga menjelaskan bahawa dia tiada masalah untuk berjumpa dengan Shila Amzah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Syada meminta memohon ruang ramai untuk mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga akan bertambah baik dan memohon orang ramai untuk tidak melaga-lagakan lagi hubugan mereka.

Gitulah, orang kata air yang dicincang takkan putus.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.