Awak seperti ada akses hal peribadi saya – Fattah Amin

Entertainment
26 Jul 2026 • 5:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Awak seperti ada akses hal peribadi saya – Fattah Amin

PETALING JAYA – Didakwa tidak melunaskan tanggungjawab sebagai bapa, pelakon Fattah Amin menegaskan cerita mengarut yang bertebaran tersebut sudah melebihi batas dan berbentuk fitnah melampau.

Berang dengan tomahan tersebut, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, mempersoalkan bagaimana maklumat sulit peribadi membabitkan keluarganya boleh diakses pihak luar.

“Saya sejujurnya tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini awak cipta.

“Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan dah semakin melampau.

“Pertama, tentang yuran yang tertangguh, sila periksa dengan pihak sekolah Fatima sebab nampak gaya, awak seperti ada akses mengenai semua peribadi yang melibatkan saya dan bekas isteri.

“Jadi, bagaimana info-info dalaman seperti ini diketahui awak. Bukankah ianya adalah terma dan syarat di antara pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya dalam Threads.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Lelaki Itu Playboy Aku mendedahkan sudah lama membuat laporan polis serta aduan kepada pihak berkuasa berkenaan akaun yang sering menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.

“Kedua, saya dah lama melaporkan akaun awak ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini.

“Tapi sampai sekarang masih tiada tindakan. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun Musang ini.

“Jadi mungkin dah sampai masa kita gunakan butang ‘report’ ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam kalangan masyarakat kita,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Fattah turut mengingatkan bahawa tindakan menyebarkan tuduhan tidak berasas boleh merosakkan nilai keharmonian yang juga dilarang dalam Islam.

“Ini boleh memecah belahkan keharmonian rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun.

“Sebagai orang Islam juga fitnah adalah dilarang.

“Surah An-Nur ayat 19 ‘Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat,” jelasnya.

Sebelum ini, sebuah akaun bernama Musang Berjanggutt mendakwa Fattah tidak melunaskan tunggakan yuran sekolah anak perempuannya, Fatima Aisya.

Lebih teruk, akaun tersebut turut menuduh Fattah teruja bersama bekas isterinya yang juga aktres, Fazura semasa meraikan sambutan Hari Kebudayaan di sekolah anak mereka. – KOSMO! ONLINE

The post Awak seperti ada akses hal peribadi saya – Fattah Amin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved