Fattah Amin aneh akaun toksik ada akses peribadi, berang fitnah melampau

LocalEntertainment
26 Jul 2026 • 4:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Fattah Amin aneh akaun toksik ada akses peribadi, berang fitnah melampau

PETALING JAYA: Bagai hilang sabar, pelakon Fattah Amin akhirnya tampil bersuara berhubung tindakan sebuah akaun media sosial yang didakwa sengaja menabur fitnah melibatkan urusan peribadinya sejak sekian lama.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, menyifatkan naratif kebencian yang dibawa oleh pemilik akaun tersebut sebagai keterlaluan termasuklah persoalan mengenai tunggakan yuran sekolah anaknya, Nur Fatima Aisya.

“Pertama, tentang yuran yang tertangguh, sila semak dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut. Nampaknya awak seperti ada akses tentang semua perkara peribadi melibatkan saya dan bekas isteri.

“Jadi bagaimana info-info dalaman seperti ini diketahui oleh awak? Bukankah ianya adalah sulit di antara pihak sekolah dan ibu bapa?” soalnya dalam hantaran di aplikasi Threads.

Mengulas lanjut, pelakon filem Mat Kilau itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan akaun tersebut kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Saya sudah dah lama lapor akaun awak ini pada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini.

“Tapi sampai sekarang masih tiada tindakan,” katanya lagi.

Sementara itu, Fattah meminta orang ramai agar melaporkan akaun tersebut agar tidak lagi digunakan untuk berkongsi perkara buruk melibatkan peribadinya di media sosial.

“Mungkin dah sampai masa kita gunakan butang ‘report’ ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud di kalangan masyarakat kita.

“Sebagai orang Islam juga, fitnah adalah dilarang sebagaimana dalam Surah An-Nur ayat 19,” tambahnya lagi. -UTUSAN

The post Fattah Amin aneh akaun toksik ada akses peribadi, berang fitnah melampau appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved