“Awak Singgah Sekejap Dalam Perut Mommy..” – Amyra Rosli Keguguran Anak Ketiga

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 3:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon popular, Amyra Rosli, berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran anak ketiga. Perkongsian sedih itu diumumkan melalui Instagram miliknya pada Isnin. Amyra bagaimanapun rasa redha dan positif dengan dugaan yang menimpa.

Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy lepas itu awak pergi. Comel la awak ni. Tiada rezeki.- Tulisnya.

Amyra turut memuat naik gambar bersama suaminya, Amar Baharin, di sebuah pusat perubatan. Meskipun diuji, Amyra memilih untuk terus fokus kepada kehidupannya.

image is not available

Tak mengapa, kita fokus shooting dulu, let’s go.- Ujarnya optimis.

Selain itu, Amyra sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai kesihatan yang telah menjaganya sepanjang tempoh rawatan.

Di ruangan komen, peminat dan rakan artis tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat, mendoakan agar Amyra terus kuat menghadapi ujian ini.

#OhmediaNasihat

Setiap dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya. Dalam situasi begini, penting untuk terus positif seperti Amyra dan sentiasa percaya kepada perancangan Tuhan. Ingatlah, setiap kesedihan yang kita lalui akan digantikan dengan kebahagiaan di masa hadapan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram