Tiada Rezeki Untuk Anak Ketiga, Amyra Rosli Mengalami Keguguran - “Awak Singgah Sekejap Saja”

2 Dec 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Amyra Rosli berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran anak ketiga menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin. 

Menerusi perkongsian tersebut, Amyra memberitahu dia menerima dugaan itu dengan positif. 

“Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy lepas itu awak pergi. 

“Comel la awak ni. Tiada rezeki,” kata Amyra yang turut memuat naik foto bersama suaminya yang juga aktor Amar Baharin ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Enggan bersedih, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli,33  mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama keluarga tercinta. 

“Tak mengapa, kita fokus shooting dulu, let’s go,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Amyra menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai kesihatan yang telah merawatnya. 

Menjengah ke ruangan komen, teman-teman selebriti dan peminat mendoakan kesihatan Amyra dan memberikan kata-kata semangat kepadanya

Sekadar info, Amyra dan Amar telah berkahwin pada 11 November 2016 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved