“Awak Suka Lagu Ini..” – Kotakan Janji, Woozi SEVENTEEN Keluar Lagu Khas Pada Hari Ulang Tahun Mendiang Moonbin

Music
26 Jan 2024 • 10:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Woozi SEVENTEEN telah mengeluarkan lagu solo berjudul “What Kind Of Future” pada hari ulang tahun Moonbin, sekaligus mengotakan janjinya kepada mendiang.

Terlebih dahulu, Woozi pernah menyanyikan lagu ini kepada peminat dan mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk mengeluarkan lagu ini di platform muzik kerana lagu ini penting buat dirinya.

Namun, setelah mendiang Moonbin mendengari lagu tersebut dan meluahkan penghargaannya kepada lagu ini, Woozi yang juga merupakan rakan rapat mendiang telah berjanji bahawa dia akan mengeluarkan lagu itu khas sebagai hadiah istimewa pada hari lahir mendiang.

Kata Woozi,

Awak sangat suka lagu ‘What Kind Of Future’ dan sering tanya bila saya nak keluarkannya. Saya akan pastikan ianya keluar pada hari lahir awak, walaupun saya perlu berlawan dengan pihak syarikat. Saya minta maaf kerana saya hanya mampu untuk lakukan ini sahaja buat awak.

Setelah lagu ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam pada 26 Januari, rata-rata peminat SEVENTEEN dan ASTRO telah meluahkan perasaan mereka dan berterima kasih kepada Woozi kerana telah mengotakan janjinya kepada mendiang Moonbin.

Boleh meleleh air mata dengar lagu “What Kind Of Future”..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.