Awas, 9 Negeri Termasuk Seluruh KL Dilanda Ribut Petir Hingga Malam Ini

22 Aug 2022 • 7:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada jam 6 petang tadi.

Dijangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku sehingga jam 8 malam nanti.

Antara kawasan yang diramal berlaku ribut petir termasuklah negeri Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan seluruh negeri Kelantan.

Manakala bagi Pahang pula ia diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera; Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tambahan pula, kawasan yang dijangka mengalami ramalan cuaca yang sama adalah Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban dan Jempol serta Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, di Sarawak pula ialah di Kuching, Samarahan, Betong, Sibu, Selangau, Mukah Matu, Dalat, Bintulu, Tatau, Sebauh, Limbang, Lawas; pedalaman Sabah iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Pantai Barat Papar, Sandakan ,Tongod, Telupid, Kinabatangan serta Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum Met Malaysia.