Empat daerah Selangor diramal hujan lebat sehingga 8 malam

22 Aug 2022 • 7:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 OGOS: Empat daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencangsehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Beberapa kawasan di negeri dan daerah lain turut mengalami cuaca yang sama ialah Perak, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak, dan Sabah.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved