Awas, Kentang Bertunas Bahaya Dimakan, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Cooking
14 Nov 2022 • 10:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak ramai yang tahu bahawa makan kentang yang sudah bertunas sebenarnya agak bahaya. Ada beberapa kesan buruk menanti kemudian hari.

Tidak dinafikan, ‘kewujudan’ kentang dalam masakan akan menyebabkan makanan tersebut menjadi lebih sedap, selain ‘persembahan’ hidangan itu menjadi lebih menarik.

Memang ada segelintir golongan yang meminati makanan yang dihidangkan dengan kentang. Misalnya, masakan berasaskan ayam, contohnya ayam kari, ayam sup, ayam kurma dan sebagainya.

Sebelum ini, biasanya kita akan masak kentang tanpa ambil kisah adakah ia sudah bertunas atau belum. Tapi tahukah anda, rupanya kalau makan kentang yang sudah bertunas, ada kesan buruk menanti?

Menurut perkongsian di laman Facebook pengamal perubatan Mazlina Mazlan, beliau menyatakan bahawa kentang yang bertunas tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi glycoalkaloid yang tinggi.

“Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semula jadi ada dalam kentang.

“Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.

“Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul,” katanya dalam perkongsian itu.

image is not available
Kredit: Mazliana Mazlan | Facebook

Kesan sampingan jika makan kentang yang tinggi kandungan glycoalkaloid

Jadi, jika anda yang memakan kentang bertunas secara berlebihan, anda mungkin akan mengalami muntah, cirit atau sakit perut sebagai tanda awal.

Malah, jika perkara ini berterusan, kesihatan anda akan terjejas. Misalnya, tekanan darah boleh menjadi rendah, denyutan nadi meninggi, demam, sakit kepala dan boleh menyebabkan kematian.

“Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.

“Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian,” tambahnya.

Menurut perkongsian Mazliana Mazlan lagi, sebelum ini beliau pernah keberatan untuk membuang kentang yang sudah bertunas di dapur.

Tetapi, apabila memikirkan keselamatan dan kesihatan anaknya, beliau terus berubah fikiran dengan tidak menghidangkannya dalam masakan.

Akan tetapi jika anda tidak mahu membuang kentang tersebut, anda juga boleh menanamnya sebagai gantian yang tidak boleh dimasak.